Pages

Sunday, 24 July 2011

Penang Bird Park

Dulu masa semester 3, dibawah subjek tour guiding, kami diberi tugasan untuk membuat sebuah video dokumentari sendiri......waaa dah la aku tak reti nak cakap ni...speaking lak tu dalam video....
nak buat kat negeri sendiri pun bukannye selalu balik....terpaksa la cari tempat yang menarik dekat Penang je.

Nasib baik la kat Penang banyak juga tempat yang menarik tapi kebanyakannya ada dekat belah pulau....
Aku pun tanya la kat Cik Google, Baru tau dekat dengan Sunway ada Taman Burung...masa bulan puasa ni tau...

Disebabkan semester 3 hari tu banyak menggunakan kamera / video, aku pun cari 1 dekat Jaya Jusco yang paling murah.....semua tempat tak memenuhi kriteria yang aku nak, sampai lah aku jejakkan kaki aku kat Courts dekat tingkat satu, bawah panggung wayang.....

RM300 je kamera tu, boleh rakam video, rakam suara, boleh masukkan mp3...wah bestnya...walaupun hanya 5 megapiksel..tetap berbaloi....tapi bukan sekali dengan memory kad....kena beli asing yang berharga RM 45 / 4gigabyte kalau tak silap la.....

dah 2 tahun cerita ni hehehe

Sampai sekarang kamera tu elok lagi....tapi sekarang ni aku guna sebagai mp3 je....nak beli mp3 sampai sekarang tak dapat-dapat.....nasib baik ada kamera tu....

Ha ok, Nak cerita pasal Taman Burung ni lak

Taman Burung ni dibuka sejak 26 November 1988 dengan cost sebanyak RM 1.2 juta....banyak tu...
Taman ni dihuni lebih 300 spesis dari Malaysia dan ada juga datang dari negara lain yang berjumlah lebih 3000....mungkin lagi banyak....Landskap kat sini pun kemas dan cantik.....Macam-macam jenis pokok dan bunga-bungaan......
Burung-burung kat sini pun ada yang dilatih atau dijinakkan....boleh lak bergambar dengan burung-burung ni....best sangat...
Ok..Taman Burung ni hari-hari buka dari 9 pagi hingga 7 malam...
dan kadar bayaran nya pula...RM20 untuk dewasa / RM10 untuk kanak-kanak
Kalau budak-budak datang dengan uniform sekolah hanya bayar RM2 sahaja dan juga kamera kena bayar RM1 / OKU pun free je

ni laman webnya Penang Bird Park

Selain Burung-burung, haiwan lain pun ada seperti ular sawa, iguana, kancil, biawak pun ada juga.
Waktu petang pun ada persembahan dari burung-burng ni...


Burung ni, kalau kita usap belakangnya, ia akan bergoyang
Dekat pintu masuk



Melentik betul bulu mate burung ni....guna maybeline pun tak selentik ini

pandai betul burung-burung ni posing 

Video dokumentari masih lagi disimpan untuk dijadikan kenangan dan gelak ketawa....tak de bakat langsung nak jadi pengacara........




















Saturday, 16 July 2011

7 Keajaiban Dunia Yang Sebenar

Suatu hari di dalam sebuah kelas tingkatan 3..
Seperti biasa..
Guru kelas yang mengajar matapelajaran sejarah masuk ke dalam kelas untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik..
Sebagai permulaan bagi proses pembelajaran pada hari itu.. guru tersebut meminta murid-muridnya menyenaraikan "7 keajaiban dunia "..
Guru tersebut sekadar ingin menguji pengetahuan am murid-muridnya..
Kelas sunyi seketika..masing-masing tekun mencari jawapan..
 . . . .
Setelah beberapa ketika..guru tersebut meminta murid-muridnya menghantar jawapan..
Sebahagian besar jawapan yang diberi oleh para murid ialah;
Taj Mahal, Tembok Besar China, Machu Picchu, Christ the Redeemer (Brazil), Runtuhan Petra, Chichen Itza (Kota kuno puak Maya), dan Collosseum Rome (Itali)

 Kesemua murid amat yakin menghantar jawapan masing-masing.
 Mereka kembali semula ke tempat duduk..

 seorang pelajar perempuan masih lagi terkial-kial menyiapkan tugasan itu...
 Cikgu kehairanan..

 "Kenapa lambat sangat 'Aisyah? Apa yang kamu tulis tu? Saya cuma minta tujuh sahaja.."

 "Saya tidak dapat memilih kerana banyak sangat keajaiban dunia..tak tahu nak pilih yang mana satu.."

 "Baiklah..beritahu kelas apa keajaiban dunia yang kamu dapat.."

 "Banyak, cikgu...keajaiban dunia yang saya rasa ialah..
 Dapat melihat..
 Dapat mendengar..
 Dapat menyentuh..
 Dapat menghidu..
 Dapat merasa.."

 Dia berhenti seketika..
 Kemudian dia sambung semula..

 "Dapat berjalan..
 Dapat mengeluarkan suara..tanpa menggunakan sebarang bateri, cikgu..
 Lagi...dapat berfikir..
 Dapat merasakan..
 Dapat mencintai..
 .............
 .........

 Cikgu sejarah itu terdiam..kelas sunyi seketika...

Sumber

Sunday, 3 July 2011

Keukenhof Gardens [Holland]


Setiap tahun, lebih 7,000,000 bunga dari keluarga tulip dan beberapa jenis bunga lain ditanam untuk membuat taman bunga terbesar di dunia di bandar kecil Lisse kira-kira 15 batu dari selatan Amserdam, Netherlands.
Taman Keukenhof hanya dibuka untuk 8 minggu pada musim bunga setiap tahun. Pada tahun ini, ia dibuka dari 24 mac hingga 20 may.

Masa bunga-bunga untuk berkembang bergantung kepada keadaan cuaca seperti suhu dan jumlah hujan. Pertengahan April selalunya masa yang baik untuk melihat bunga yang sudah berkembang.

Setiap tahun juga, lebih kurang 1,000,000 orang dari masyarakat tempatan dan asing datang ke taman untuk melihat kecantikan taman yang terbesar tersebut.

Di Taman Keukenhof, terdapat juga tasik buatan manusia yang dihuni oleh itik dan angsa.








sumber gambar: google images

Kolam Berdarah Jepun [Hot Spring]

Atau nama inggerisnya "Blood Pond Hot Spring" merupakan salah satu "neraka" (Jigoku) dari Beppu, Jepun - sembilan mata air panas semulakadi yang menakjubkan yang sekadar untuk melihat daripada mandi. Kolam berdarah ini mempunyai air yang panas yang berwarna merah  yang disebabkan iron dalam air. Ia dikatakan paling fotogenik antara 9 mata air panas yang menakjubkan.








Kliluk [Spotted Lake] Canada

Spotted Lake adalah tasik air masin [endorheic alkali] yang teletak di Barat Laut Osoyoos di British Colombia. Ia terletak berjampiran bandar Osoyoos bersebelahan Highway 3.


Spotted Lake mengandungi perlbagai mineral yang berlainan. Ia mengandungi magnesium sulfat, kalsium dan natrium sulfat [antara kuantiti terbesar di dunia]. Ia juga mengandungi 8 mineral yang lain juga mengandungi kepekatan yang tinggi dan juga beberapa dos kecil 4 mineral yang lain seperti Perak dan Titanium.

Kebanyakan air tasik menyejat dengan kadar yang lebih banyak di musim panas, meninggalkan semua mineral. Besar "Spots" yang muncul di tasik bergantung kepada komposisi mineral yang ada pada masa itu. "Spots" akan muncul dengan berlainan warna yang mengandungi terutamanya magnesium sulfat yang akan menjadi seakan-akan kristal pada musim panas. Pada musim panas, hanya mineral dalam tasik yang akan kekal menjadi keras yang membentuk laluan semulajadi di sekitar antara kawasan tasik.

Sejarah
Pada mulanya, The First Nations menamakan Lembah Okanagan sebagai Khiluk, mereka menganggap tasik tersebut sebagai satu tapak suci. Mereka menganggap air tasik tersebut memiliki nilai therapeutic.
Mineral dari tasik itu juga telah digunakan dalam pembuatan peluru untuk perang dunia l.

 Tasik tersebut dan sekitarnya sebenarnya tidak dimiliki oleh The First Nations, ia dimiliki oleh keluarga Smith Ernest kira-kira 40 tahun. Walaubagaimanapun, The First Nations amat melindungi tasik tersebut sehinggalah pada tahun 1979, Smith cuba mebina SPA di tasik tersebut. Jadi The First Nations cuba untuk membeli tanah di kawasan tasik tersebut agar mereka dapat mengekalkannya sebagai tapak yang suci. Selepas lebih 20 tahun mencuba tetapi gagal meyakinkan Smith untuk menjual. Mereka akhirnya membuat satu perjanjian pada akhir oktober 2001, apabila mereka membeli 22 hektar tanah berjumlah $720,000. The First Nations membayar sebanyak $150,000 dab selebihnya dibayar oleh Indian Affairs Department.

Spotted Lake pada hari ini.....
Sampai ke hari ini, pagar dibina untuk menghalang orang ramai dari memasuki kawasan tasik dari lebuhraya.
Orang ramai boleh melihat tasik sambil memandu. Ramai yang berhenti di tepi jalan untuk melihat dengan lebih jelas.
Pada jalan masuk ke tasik, terdapat sebuah rumah berhampiran dengan tasik dan terdapat tanda-tanda kecil memberitahu pelawat tentang kuasa penyembuhan tasik tersebut.




Saturday, 2 July 2011

The Door to Hell???

Ada satu tempat di Uzbekistan yang disebut penduduk tempatan sebagai "The Door to Hell". Dalam bahasa melayunya "pintu ke neraka". Ia terletak berhampiran pekan kecil Darvas.
Dah 35 tahun penduduk tempatan mengetahui tentang tempat tersebut.

Tempat tersebut ditemui apabila ahli geologi telah membuat operasi menggerudi dan tiba-tiba telah menemui gua bawah tanah. Gua tu begitu besar menyebabkan semua kelengkapan jatuh ke dalm gua tersebut.
Tiada siapa yang berani turun kebawah kerana gua tersebut dipenuhi dengan gas.
Mereka menyalakan api supaya tiada gas beracun yang boleh keluar dari situ dan sejak itu, ia terbakar tanpa henti walaupun setelah 35 tahun.

Sehingga kini, tiada siapa yang tahu berapa tan gas yang telah dibakar.







Kampung di tengah Lautan, Filipina

Tengah masuk forum gempak.org, nampak thread ni yang bertajuk kampung di tengah lautan di Filipina tapi tempat nya diowang tak tulis pula dekat mana tempat tu. So saya pun bertanya kat encik google dari petang semalam cari. Pagi ni jumpa lak.


Nama kampung ni Tongkil di Pulau Samales Filipina 


Tapi tak banyak maklumat yang saya dapatkan pasal tempat ni