Pages

Tuesday, 28 June 2011

Thursday, 23 June 2011

Kapsul Hotel

Kapsul Hotel adalah sebuah Hotel yang besar dipenuhi dengan banyak bilik yang kecil disediakan dengan kadar bayaran yang murah  dalam US$ 25 – 50 untuk satu malam dan mempunyai kelengkapan asas untuk bermalam. 


Bilik-bilik terdiri daripada plastik ataupun blok gentian kaca . Antara fasiliti yang disediakan ialah televisyen, elektronik konsol dan wireless internet. Kapsul disusun sebelah menyebelah, 2 unit atas dan bawah. Beg-beg disimpan dalam loker kerana saiz nya yang tentunya kecil, cukup untuk nak tidur je.



Bilik air dikongsi dengan penghuni-penghuni lain, ada juga beberapa kapsul hotel yang menyediakan restoran ataupun sekadar vending machine, kolam atau fasiliti hiburan yang lain.


Hotel ini dibangunkan di Jepun dan kurang dikenali di tempat lain. Di Barat, Kapsul Hotel lebih dikenali sebagai pod hotel dengan bilik-bilik yang lebih besar dan tak perlu berkongsi bilik air. Dekat sini tidak boleh merokok ataupun makan dekat kapsul. 


Kapsul hotel lebih banyak digunakan oleh golongan lelaki, ada juga kapsul berasingan untuk perempuan.


Untuk masuk ke kapsul, selalunya baju dan kasut ditukarkan kepada Yukata dan selipar. Tuala juga disediakan. 

Sumber: Wikipedia

Tuesday, 21 June 2011

Visa Untuk Ke Malaysia

Post yang sebelum ni kan pasal visa untuk warganegara Malaysia ke Luar Negara.
Sekarang ni pula visa untuk warga negara asing ke Malaysia


Negara yang kena mohon Visa untuk ke Malaysia

Afghanistan (Visa with reference)
Angola
Bhutan
Burkina Faso
Burundi
Central African Republic
China
Colombia
Comoros
Congo Democratic Republic
Congo Republic
Djibouti
Equat. Guinea
Eritrea
Ethiopia
Guinea-Bissau
Hong Kong (C/I or D/I)
India
Liberia
Mali
Myanmar (pasport biasa)
Nepal
Niger
Rwanda
Serbia & Montenegro
Taiwan - 15 days without visa
United Nations (Laissez Passer)
Western Sahara


Negara Commonwealth yang perlukan visa
Bangladesh
Cameroon
Ghana
Mozambique
Nigeria
Pakistan
Sri Lanka

Negara yang tak perlu visa sehingga 3 bulan

Albania

Algeria
Argentina
Australia
Austria (Vienna)
Bahrain
Belgium
Bosnia-Herzegovina
Brazil
Croatia
Cuba
Czech Republic
Denmark
Egypt
Finland
France
Germany
Hungary
Iceland
Ireland
Italy
Japan
Jordan
Kirgystan
Kuwait
Kyrgyz Republic
Lebanon
Lienchestien
Luxembourg
Morocco
Netherland
Norway
Oman
Peru
Poland
Qatar
Romania
St Marino
Saudi Arabia
Slovakia
South Korea
Spain
Sweden
Switzerland
Tunisia
Turkey
Turkmenistan
United Arab Emirates
United Kingdom
Uruguay
Yemen

Negara yang tak perlu visa sehingga 1 bulan
Armenia
Azerbaijan
Barbados
Belarus
Benin
Bolivia
Bulgaria
Cambodia
Cape Verde
Chad
Chile
Costa Rica
Equador
El Savador
Estonia
Gabon
Georgia
Greece
Guatemala
Guinea Republic
Haiti
Honduras
Hong Kong SAR
Kazakhstan
Latvia
Lithuania
Macao SAR
Macedonia
Madagascar
Maldova
Mauritania
Mexico
Monaco
Mongalia
Nicaragua
North Korea
North Yemen
Panama
Paraguay
Portugal
Russia
Sao Tome & Principe
Senegal
Slovenia
Sudan
Surinam
Tajikistan
Togo
Ukraine
Upper Volta
Uzbekistan
Vatican City
Vanezuela
Zaire
Zimbabwe

Negara yang tak perlukan visa sehingga 14 hari
Iran

Iraq
Libya
Macao (Travel Permit/Portugal CI)
Palestine
Sierra Leone
Somalia
South Yemen
Syria
Cote d'ivoire / ivory coast

U.S.A tak perlu Visa bagi pelancong yang bertujuan untuk melawat, bisnes dan pelajaran





Negara ASEAN tak perlu Visa tak lebih 1 bulan kecuali Myanmar
Visa diperlukan  jika lebih 1 bulan kecuali Brunei dan Singapore
Bagi warganegara Israel. Visa diperlukan dam mesti ada 
permission dari Ministry of Home Affairs
Bagi warganegara Republic of Serbia Dan Montenegro, 
Visa diperlukan tanpa permission dari Ministry of Home Affairs

Klik: Sumber: imi.gov.my


Monday, 20 June 2011

JEPUN [Negara Matahari Terbit]

Hai semua...Konnichiwa
Saya akan mulakan jelajah negara-negara yang ada dekat planet bumi ini...
Yang pertama dari Asia ialah Jepun.
Kenapa saya mulakan dengan Jepun? Sebab saya pernah belajar bahasa Jepun ni tapi saya tak amalkan dan tak bercakap dengan orang Jepun. Sebab tu la tak berapa Ingat. 
Sekarang ni pun ingat beberapa je. 


Jepun mempunya 4 pulau utama, iaitu HOKKAIDO,  HONSHU,  SHIKOKU dan KYUSHU. Korang boleh tengok kat peta di atas, kat mana pulau-pulau tu. 
Dekat sini saya tak nak cerita pasal zaman penjajahan dulu. Yang saya nak ceritakan adalah yang berkaitan dengan pelancongan.

8 tempat yang menarik kedatangan pelancong adalah

Sunday, 19 June 2011

Tangkuban Perahu, Indonesia [Lagenda Sangkuriang]


Bos baru je balik dari Indonesia. Sambil tu ada la brochure, masa belek-belek tu tiba-tiba Mrs M sebut pasal Tangkuban Perahu yang ada pemandangan yang cantik. Lepas tu Mrs M terus cerita pasal sejarah tangkuban perahu mengenai lagenda Sangkuriang. Dan saya pun tertarik untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cerita tersebut.
Gunung Tangkuban Perahu adalah salah satu gunung yang terletak di Jawa Barat, Indonesia. Dalam 20 km ke arah utara Kota Bandung.  Suhunya pula dalam 17oC pada waktu siang dan 2 oC pada waktu malam.





Legenda rakyat setempat

Asal-usul Gunung Tangkuban Parahu dikaitkan dengan legenda Sangkuriang, yang dikisahkan jatuh cinta kepada ibunya, Dayang Sumbi. Untuk menggagalkan niat anaknya menikahinya, Dayang Sumbi mengajukan syarat supaya Sangkuriang membuat perahu dalam satu malam. apabila usahanya gagal, Sangkuriang marah dan menendang perahu itu, sehingga mendarat dalam keadaan terbalik. Perahu inilah yang kemudian membentuk Gunung Tangkuban Parahu.
Gunung Tangkuban Parahu ini termasuk dalam gunung api aktif. Beberapa kawahnya masih menunjukkan tanda tanda keaktifan gunung ini. Di antara tanda gunung berapi ini adalah munculnya gas belerang dan sumber-sumber air panas di kaki gunung.
Cerita penuh >>>Lagenda sangkuriang
Sumber: Wikipedia

Friday, 17 June 2011

Terowong Cu Chi, Ho Chi Minh (Saigon) Vietnam

Terowong Cu Chi adalah tarikan sebenar ke Vietnam lantaran semakin ramai yang bersetuju bahawa ia adalah antara destinasi pelancongan terbaik dunia berasaskan sejarah. Terowong Cu Chi yang terletak kira-kira 70 kilometer di barat laut HCMC membuka kembali memori hitam generasi Viet Cong yang masih wujud sehingga hari ini. Ia adalah tinggalan kisah perit dan nanah anak bangsa akibat belerang perang seawal tahun 1940 ketika Vietnam di bawah telunjuk Perancis.

Reka bentuk terowong umpama sarang labah-labah itu begitu unik dengan binaan tiga tingkat dengan tingkat paling bawah ialah laluan lepas lari ke Sungai Saigon. Dalam tempoh 20 tahun, jarak terowong yang disiapkan hanyalah sejauh 48 kilometer.

Viet Cong terus membina terowong itu sepanjang era Perang Vietnam bagi menentang Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya dari tahun 1959 hingga 1975. Ini menjadikan panjang keseluruhan terowong yang dibina mencecah 250km. Difahamkan, terdapat di antara 7,000 hingga 8,000 Viet Cong dan keluarga mereka tinggal di dalam terowong sepanjang kemelut perang yang berakhir pada 30 April 1975.


Rangkaian terowong ini menyambungkan pos komando, hospital, tempat tinggal dan kilang senjata. Terowong ini digali dari laterit keras oleh alatan tangan tanpa menggunakan semen. 


Tetamu Terowong Cu Chi berpeluang mendengar penerangan penuh emosi tentang kesukaran zaman gelap itu selain mengagumi kebijaksanaan pencetus idea dan fungsi terowong tersebut. Ironinya, sehingga kini tidak diketahui siapa.


Paling mengujakan dan meremangkan bulu roma adalah apabila pengunjung merasai sendiri pengalaman merangkak di dalam salah sebuah rentangan terowong yang sempit, dingin dan mengerikan itu.


PENGUNJUNG boleh merasai sendiri pengalaman berjalan dalam misteri dan kegelapan Terowong Cu Chi.


Namun waspadalah. Anda sedang 'diintai' oleh roh-roh pejuang Viet Cong yang pernah tewas suatu masa duhulu. Dalam kegelapan itu, apa saja yang terlintas di fikiran akan mengundang histeria klaustrofobik dan jeritan kesal!


Dekat sini pun, sesiapa yang nak menembak guna senapang masa perang dulu pun boleh tapi peluru kena bayar la dulu

Terowong ni pun, kalau orang bersaiz kecil, senang je nak masuk

Sumber: Kosmo



Visa Perlu ke tidak?

**Update - Jepun tak perlu visa

Visa adalah sebuah dokumen yang dikeluarkan oleh sebuah negara yang memberikan seseorang (warganegara asing) izin untuk masuk ke negara tersebut dalam suatu tempoh waktu dan tujuan tertentu. Tempoh visa adalah terhad, ini bermakna rakyat asing tidak boleh tinggal di negara tersebut selepas tamat tempoh yang diberikan.
Kebanyakan negara memerlukan visa asli untuk dapat masuk bagi warga negara asing, meskipun ada cara lain. Visa biasanya dicop atau ditampal di pasport penerima, namun ada juga yang diberikan sebagai sekeping kertas.
Biasanya visa perlu dipohon melalui duta negara yang terdapat di negara masing-masing. 
Sekarang ni dunia internet, ada juga yang menggunakan internet untuk mendapatkan Visa

Berikut adalah negara yang tak perlukan visa untuk warganegara Malaysia
Korea - Jepun - Perancis - Jerman - Vietnam - Ireland - Indonesia - UK - Brunei - Kemboja - Hong Kong - Singapura - Laos - Macau - Filipina - Singapore - Taiwan - Thiland - Turkey - Albania - Algeria - Andora - Anguilla - Antigua Barbuda - Argentina - Austria - Bahamas - Barbados - Belize - Bermuda - Bosnia Herzegovina - Bostwana - Belgium - Brazil -  British Virgin Island -  Bulgaria - Denmark - Finland - Greece - Iceland -  Italy - Netherlands -  Netherlands Antilles - New Zealand - Norway - Poland - Portugal - Romania - Afrika Selatan - Sepanyol - Sweden - Switzerland - Trinidad Tobago - Tunisia -  Uruguay - Vanuatu -  Vatican - Venezuela - Yemen - Zimbabwe - Cayman Island -  Chile - Croatia - Cyprus - Dominica -  Ecuador - El Savador - Estonia -  Faroe Islands - Fiji - Georgia - Greenland - Grenada - Guadeloupe - Guatemala - Haiti - Honduras - Hungary - Malawi - Luxemborgh - Macedonia - Malta - Mauritus- Mongolia - Montenegro - Solomon Island - Namibia - Nacaragua - Peru - Kuwait -  Jamaica - Kenya

Negara-negara ni kena ada Visa untul warganegara Malaysia
China - Sri Lanka - India - Kanada - US - Afghanistan - Angola - Armenia - Aruba - Mesir - Bahrain - Bangladesh - Belarus - Benin - Bhutan - Bolivia - Ghana - Iran - Iraq - Jordan - Kazakhstan - Lubnan - Libya - Madagascar - Mexico - Myanmar - Nepal - Nigeria - Korea Utara - Pakistan - Palastine - Puerto Rico - Qatar - Rusia - Arab Saudi - Sudan - Syria - Timor Leste - Oman - Panama - Uganda - Ukraine -  United Arab Emirate - Colombia - Papua New Guinea - Paraguay - Cuba- Israel - Maldives - Morocco 


Bagi Australia, tidak perlu visa tetapi memerlukan ETA (Electronic Travel Authority) yang perlu dimohon online. 

Ada juga negara yang tak disebut, tak dapat cari lagi...kalau ada apa-apa lagi, akan di kemaskini lagi.

Ingat senang ke nak masuk negara orang ni?? kalo isi borang tak lengkap, permohonan tak akan diluluskan. Visa ni kena mohon sekurang-kurangnya sebulan sebelum korang berangkat ke negara yang perlukan visa ni. 

Andaman, Thailand [Homestay]

Andaman pernah dilanda tsunami suatu ketika dahulu...
banyak kerosakan yang terjadi, tapi keadaan semakin pulih dan mereka memperkenalkan program homestay sebagai salah satu sumber pendapatan yang mendapat sokongan daripada sukarelawan, sumbangan dan lain-lain.

Jika korang berpeluang untuk pergi ke Homestay tersebut, korang tak perlu risau kerana adanya bantuan daripada pemandu pelancong ataupun translator dan buku bahasa thailand yang mengandungi perkataan-perkataan yang akan membantu korang berkomunikasi dengan tuan rumah.

Antara program-program yang ada termasuklah bengkel kraftangan, pertukaran budaya, belajar masakan thailand (Ingat cerita somtum), berjalan-jalan ke pantai dan memancing, dan melawat tempat-tempat semulajadi yang ada dekat situ.