Pages

Monday, 20 June 2011

JEPUN [Negara Matahari Terbit]

Hai semua...Konnichiwa
Saya akan mulakan jelajah negara-negara yang ada dekat planet bumi ini...
Yang pertama dari Asia ialah Jepun.
Kenapa saya mulakan dengan Jepun? Sebab saya pernah belajar bahasa Jepun ni tapi saya tak amalkan dan tak bercakap dengan orang Jepun. Sebab tu la tak berapa Ingat. 
Sekarang ni pun ingat beberapa je. 


Jepun mempunya 4 pulau utama, iaitu HOKKAIDO,  HONSHU,  SHIKOKU dan KYUSHU. Korang boleh tengok kat peta di atas, kat mana pulau-pulau tu. 
Dekat sini saya tak nak cerita pasal zaman penjajahan dulu. Yang saya nak ceritakan adalah yang berkaitan dengan pelancongan.

8 tempat yang menarik kedatangan pelancong adalah

1 HOKKAIDO
2 TOHOKU
3 TOKYO
4 CHUBU
5 KANSAI
6 CHUGOKU
7 PULAU KYUSHU
8 PULAU OKINAWA

1. HOKKAIDO
Ibu negeri sapporo dan mempunyai musim sejuk
Pernah menjadi tempat untuk winter olympic pada tahun 1972 dan tempat untuk snow festival
Dekat sini ada 5 Taman Negara yang penting terdiri daripada Gunung Berapi, Tasik, Hot Spring, Resorts, Hutan, Bunga Liar dan Spa.
Sapporo snow festival
2. TOHOKU
Pulau Utama di Honshu
Mempunyai pemandangan yang cantik ( 3 Taman Negara dan terdapat banyak Hot Spring ) Kebanyakan aktiviti lebih lebih kepada mendaki gunung dan luncur salji.
Kat sini pun ada kraftangan tersendiri, tempat bersejarah, perayaan tradisi dan tarian tradisi.
Tempat utama tumpuan pelancong - Sendai ( Tsunami 2011 - keadaan semakin pulih )
Tohoku

3. TOKYO
Mempunyai banyak kuil dan makam bersama dengan bandar moden
Menjadi pusat politik, pelajaran dan kewangan.
Menarik pelancong kerana keunikan percampuran antara budaya Timur dan Barat, yang baru dan lama.
Antara tarikan yang utama adalah Imperial Palace yang dikelilingi dengan batu yang tinggi dan parit. Pelancong tidak boleh masuk tetapi boleh melihat keindahan kawasan sekitarnya yang indah.
Gunung Fuji juga menjadi simbol Jepun, gunung tertinggi di Jepun dan dikelilingi 5 tasik di pinggir gunung
Di Hakone terdapat resort dan spa, Tasik Ashi, Hot Spring.
Kamakura - sebuah perkampungan kecil yang ada makam dan kuil yang lama.
Tasik Chuzenji dan Kegon Fall.
Gunung Fuji dan Tasik Ashi

Hakone Hot Spring

4. CHUBU
Terletak di tengah pulau Utama Honshu.
Terdapat 7 Taman Negara  yang ada Sungai, Tasik, Hot Spring dan Skii Resorts.
Bandar terbesar di Honshu ialah Nagoya
Matsumoto- terdapat panorama yang cantik dan pemandangan desa

5. KANSAI
Bandar Metropolitan ( Kyoto & Osaka )  Honshu
Tempat pelancongan utama untuk pelancong asing. Shima National Park, Bandar purba yang mempunyai kuil, makam dan villa yang direkabentuk sekali dengan taman.
Bandar Nara - Selatan Kyoto - makam purba, dan relic bersejarah.
Kobe - berdekatan Osaka

6. CHUGOKU
Terdapat pantai, dan inland sea national park. termasuklah Hiroshima. Mesti semua orang tahukan apa yang terjadi kat sini. Taman Korakuen yang dikategorikan antara 3 taman yang cantik di Jepun. 

7. PULAU KYUSHU
Mempunyai Iklim Subtropika dan 6 Taman Negara dan semestinya ada Hot Spring
Bandar Utama - Fukuoka
                          - Nagasaki

8. PULAU OKINAWA
Ada banyak sejarah yang berkaitan dengan Jepun.  Kaya dengan Keindahan alam termasuklah batu karang dan lain-lain

Setakat ni saja, oleh kerana kekurangan masa hehe
Ni baru intro je...
ada lagi sambungan...






1 comments:

tiana said...

the best blog

Post a Comment