Pages

Friday, 17 June 2011

Terowong Cu Chi, Ho Chi Minh (Saigon) Vietnam

Terowong Cu Chi adalah tarikan sebenar ke Vietnam lantaran semakin ramai yang bersetuju bahawa ia adalah antara destinasi pelancongan terbaik dunia berasaskan sejarah. Terowong Cu Chi yang terletak kira-kira 70 kilometer di barat laut HCMC membuka kembali memori hitam generasi Viet Cong yang masih wujud sehingga hari ini. Ia adalah tinggalan kisah perit dan nanah anak bangsa akibat belerang perang seawal tahun 1940 ketika Vietnam di bawah telunjuk Perancis.

Reka bentuk terowong umpama sarang labah-labah itu begitu unik dengan binaan tiga tingkat dengan tingkat paling bawah ialah laluan lepas lari ke Sungai Saigon. Dalam tempoh 20 tahun, jarak terowong yang disiapkan hanyalah sejauh 48 kilometer.

Viet Cong terus membina terowong itu sepanjang era Perang Vietnam bagi menentang Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya dari tahun 1959 hingga 1975. Ini menjadikan panjang keseluruhan terowong yang dibina mencecah 250km. Difahamkan, terdapat di antara 7,000 hingga 8,000 Viet Cong dan keluarga mereka tinggal di dalam terowong sepanjang kemelut perang yang berakhir pada 30 April 1975.


Rangkaian terowong ini menyambungkan pos komando, hospital, tempat tinggal dan kilang senjata. Terowong ini digali dari laterit keras oleh alatan tangan tanpa menggunakan semen. 


Tetamu Terowong Cu Chi berpeluang mendengar penerangan penuh emosi tentang kesukaran zaman gelap itu selain mengagumi kebijaksanaan pencetus idea dan fungsi terowong tersebut. Ironinya, sehingga kini tidak diketahui siapa.


Paling mengujakan dan meremangkan bulu roma adalah apabila pengunjung merasai sendiri pengalaman merangkak di dalam salah sebuah rentangan terowong yang sempit, dingin dan mengerikan itu.


PENGUNJUNG boleh merasai sendiri pengalaman berjalan dalam misteri dan kegelapan Terowong Cu Chi.


Namun waspadalah. Anda sedang 'diintai' oleh roh-roh pejuang Viet Cong yang pernah tewas suatu masa duhulu. Dalam kegelapan itu, apa saja yang terlintas di fikiran akan mengundang histeria klaustrofobik dan jeritan kesal!


Dekat sini pun, sesiapa yang nak menembak guna senapang masa perang dulu pun boleh tapi peluru kena bayar la dulu

Terowong ni pun, kalau orang bersaiz kecil, senang je nak masuk

Sumber: Kosmo



0 comments:

Post a Comment