Pages

Sunday, 3 July 2011

Kliluk [Spotted Lake] Canada

Spotted Lake adalah tasik air masin [endorheic alkali] yang teletak di Barat Laut Osoyoos di British Colombia. Ia terletak berjampiran bandar Osoyoos bersebelahan Highway 3.


Spotted Lake mengandungi perlbagai mineral yang berlainan. Ia mengandungi magnesium sulfat, kalsium dan natrium sulfat [antara kuantiti terbesar di dunia]. Ia juga mengandungi 8 mineral yang lain juga mengandungi kepekatan yang tinggi dan juga beberapa dos kecil 4 mineral yang lain seperti Perak dan Titanium.

Kebanyakan air tasik menyejat dengan kadar yang lebih banyak di musim panas, meninggalkan semua mineral. Besar "Spots" yang muncul di tasik bergantung kepada komposisi mineral yang ada pada masa itu. "Spots" akan muncul dengan berlainan warna yang mengandungi terutamanya magnesium sulfat yang akan menjadi seakan-akan kristal pada musim panas. Pada musim panas, hanya mineral dalam tasik yang akan kekal menjadi keras yang membentuk laluan semulajadi di sekitar antara kawasan tasik.

Sejarah
Pada mulanya, The First Nations menamakan Lembah Okanagan sebagai Khiluk, mereka menganggap tasik tersebut sebagai satu tapak suci. Mereka menganggap air tasik tersebut memiliki nilai therapeutic.
Mineral dari tasik itu juga telah digunakan dalam pembuatan peluru untuk perang dunia l.

 Tasik tersebut dan sekitarnya sebenarnya tidak dimiliki oleh The First Nations, ia dimiliki oleh keluarga Smith Ernest kira-kira 40 tahun. Walaubagaimanapun, The First Nations amat melindungi tasik tersebut sehinggalah pada tahun 1979, Smith cuba mebina SPA di tasik tersebut. Jadi The First Nations cuba untuk membeli tanah di kawasan tasik tersebut agar mereka dapat mengekalkannya sebagai tapak yang suci. Selepas lebih 20 tahun mencuba tetapi gagal meyakinkan Smith untuk menjual. Mereka akhirnya membuat satu perjanjian pada akhir oktober 2001, apabila mereka membeli 22 hektar tanah berjumlah $720,000. The First Nations membayar sebanyak $150,000 dab selebihnya dibayar oleh Indian Affairs Department.

Spotted Lake pada hari ini.....
Sampai ke hari ini, pagar dibina untuk menghalang orang ramai dari memasuki kawasan tasik dari lebuhraya.
Orang ramai boleh melihat tasik sambil memandu. Ramai yang berhenti di tepi jalan untuk melihat dengan lebih jelas.
Pada jalan masuk ke tasik, terdapat sebuah rumah berhampiran dengan tasik dan terdapat tanda-tanda kecil memberitahu pelawat tentang kuasa penyembuhan tasik tersebut.




0 comments:

Post a Comment