Pages

Friday, 1 July 2011

Tasik Kelimutu- Tasik 3 warna di Indonesia

Tasik Kelimutu di Gunung Kelimutu, Ende, Flores mempunyai 3 kawah tasik yang mempunyai warna yang berlainan.

Warna tasik berubah dari masa ke semasa disebabkan oleh aktiviti gunung berapi yang bermula dari berjuta-juta tahun yang lalu.

Sekarang, ketiga-tiga tasik ini berwarna hijau kehitaman, hijau,dan hitam. Pada masa lalu,  ada tasik yang berwarna merah dan biru.

Masyarakat tempatan mengganggap tasik-tasik ini tempat yang suci sebagai kediaman roh-roh orang mati. Dari nama Kelimutu itu sendiri berasal dari 'keli' yang bermaksud 'gunung' dan 'mutu' bermakna 'mendidih'.
Tasik Timur juga dipanggil 'tiwu ata polo' atau tasik roh-roh jahat.
Manakala Tasik di tengah dikenali sebagai 'tiwu nua muri koo fai' atau tasik bagi jiwa muda.
Dan Tasik Barat dipanggil 'tiwu ata mbupu' atau tasik untuk roh orang-orang tua dan bijak.

Tasik Kelimutu yang mempunyai panorama indah kini menjadi tempat tarikan pelancong yang popular







0 comments:

Post a Comment